Tudung Termahal Di Dunia Milik Warga Malaysia

Seorang ahli perniagaan membeli sehelai tudung yang dianggap tudung termahal di dunia dengan harga RM50,000. Tudung itu ditempah pada Februari lalu.

Seorang pelanggan dari butik ByQiss by Bawal Exclusive di Kuantan, Pahang yang tertarik dengan nilai eksklusif syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive (BE) telah membeli tudung bawal berwarna hitam bertatahkan kristal mewah Swarovski.

Pengasas BE, Haliza Maysuri, 42, memberitahu ia merupakan tudung termahal dalam rekod ketika ini memecahkan rekod tahun sebelum ini iaitu RM33,000.

“Tudung ini menggunakan lebih 10 warna kristal mewah yang dibuat sepenuhnya sekumpulan pereka Swarovski dari Austria direka berteraskan rekaan dan personaliti pelanggan.

“Ilham fantasi wujudnya kuntuman bunga mekar di padang pasir Sahara, menterjemahkan kegigihan pemiliknya yang berusia 35 tahun. Pemilik seorang ahli perniagaan perusahaan berasaskan minyak dan gas. Tempahan hanya dilihatnya selepas siap dan diterbangkan ke negara ini,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bagaimana nilai tudung itu boleh mencecah RM50,000. Ia termasuk kos pereka mereka dari Austria.

“Harga RM50,000 termasuk kos pereka profesional dan logistik dari Austria. Nilai berpadanan kerana BE boleh diwarisi dari generasi ke generasi.

“Bagi tempahan seterusnya BE adalah dari Lahad Datu, Sabah yang dijangka bernilai RM65,000. Tempahan kini masih peringkat perbincangan mengenai perincian dan corak rekaan,” katanya.

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Saranan