Tip Memilih Fesyen Tudung Buat Hijabista

Kaum hawa masa kini semakin ramai yang gemar bertudung dengan pelbagai gaya berfesyen. Pereka kini juga semakin kreatif dalam mengolah gaya fesyen bertudung. Gaya fesyen bertudung kini selari dengan fesyen busana.

Oleh itu kita haruslah bijak dalam memilih tudung yang bersesuaian dengan penampilan kita supaya tidak kekok apabila mengenakannya. Di sini terdapat beberapa tip untuk dikongsikan bersama bagi panduan memilih fesyen tudung.

  • Bagi tampak kelainan, kenakan tudung bercorak abstrak ataupun bunga besar bagi dipadankan dengan pakaian bewarna polos.
  • Bagi tujuan kasual ataupun ke pejabat, pakailah tudung yang mudah dibentuk seperti tudung bawal ataupun dari kain kapas. Kini lebih mudah dengan pemakaian tudung mempunyai awning dengan kain lycra.
  • Warna-warna tudung yang cerah seperti biru, merah jambu ataupun kuning akan membuat si pemakai lebih yakin dan ceria.

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp