Tampil Cantik Dengan Koleksi De’ Orient

Tinggal kurang beberapa lagi sebelum sambutan Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut 11 Ogos ini pasti ada kakak-kakak dan adik-adik yang sedang intai-intai untuk membeli belah pakaian untuk dipakai sempena hari raya atau untuk dihadiahkan kepada yang tersayang di kampung sebagai ole-ole dari kota.

Kalau belum dapat idea mungkin boleh jengok-jengok tudung keluaran terkini Naelofar iaitu Koleksi De’Orient. Apa yang menariknya tentang koleksi terbaru ini?

Seindah dan secantik namanya, De’ Orient menampilkan rekaan corak tudung terkini dengan mengabungkan motif-motif botani, rekaan oriental dan rona lembut romantik. Koleksi tudung ini yang menggunakan material satin silk dan sangat selesa dipakai menampilkan tiga jenis rangkaian tudung bercorak iaitu Chizu, Fuji dan Hanako serta enam rangkaian polos dalam enam rona berbeza.

Menampilkan sedikit kelainan dalam rekaan koleksi kali ini, tudung bercorak Chizu tercetus daripada seni tapestri dari China manakala corak Fuji pula diinspirasi daripada keindahan Gunung Fuji di Jepun dalam rupa abstrak. Corak yang terdapat pada tudung Hanako pula sedikit berlainan apabila mengadunkan motif cetak digital bersama corak klasik circular oriental.

Bagi enam rangkaian polos yang dikenali sebagai Yuri, Li Ying, Li Po, Mulan, Misora dan Mori pula, meskipun rekaannya tidak bercorak dan berbunga-bunga, himpunan warna-warna lembut dalam koleksi ini mempunyai tarikan tersendiri apabila dihiasi dengan kristal Swarovski yang cantik dan tampak berkilauan dari jauh.

Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan segera koleksi tudung De’ Orient.

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp