Rubber Band Bakal Ganti Kerongsang Untuk Lilit Tudung?

 

Diam tak diam dah masuk pertengahan bulan Syawal kita semua berada tetapi di sana sini majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri masih sibuk diadakan. Bak kata pepatah moden ‘raya kan sebulan’ selagi belum cukup 30 Syawal selagi itu kita akan beraya dan meneruskan tradisi kunjung mengunjung.

Tetapi apabila terlalu banyak sangat rumah terbuka yang hendak dihadiri penampilan diri juga perlu diberi perhatian terutamanya untuk golongan kakak-kakak dan adik-adik manis.

Bila hadir ke rumah terbuka bukan sahaja baju raya yang menjadi perhatian tuan rumah dan tetamu yang datang tetapi juga pastinya gaya ikatan tudung. Kalau lagi cantik dan kreatif cara ikatan tudung itu digayakan, pasti lagi ramai yang memuji.

Untuk kakak-kakak dan adik-adik peminat The Tudung jangan risau kalau tidak tahu bagaimana untuk menggayakan tudung baharu dengan cantik dan kreatif tetapi simple. Baru-baru ini, selebriti terkenal tempatan siapa lagi kalau bukan Cik Neelofa kita telah memviralkan penggunaan rubber band atau getah rambut untuk digayakan dengan tudung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Dalam video tutorial yang dikongsi artis cantik molek kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini, dia hanya menggunakan getah rambut untuk membuat lilitan tudung tetapi hasilnya sangat mengagumkan dan cantik.

Lagi menarik, Cik Neelofa bukan hanya membuat satu gaya lilitan tetapi pelbagai gaya lain yang ringkas tetapi menarik dengan menggunakan getah rambut. Kalau cerita pada tetamu yang hadir ke rumah terbuka, pasti ramai yang tidak percaya.

Lebih penting, jika dahulu terpaksa menggunakan jarum peniti dan kerongsang sampai kadang-kadang tercucuk kulit sendiri tetapi kini dengan hasil kreativiti pengacara rancangan Meletop ini kakak-kakak dan adik-adik semua tidak perlu risau lagi, getah rambut bukan sahaja selamat untuk si pemakai tetapi juga untuk ibu-ibu yang ada anak kecil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Jadi apa lagi, jom gayakan lilitan tudung baru sempena Syawal ini dengan getah rambut. Lebih selamat dan menjimatkan.

Jika anda ingin membuat tempahan, anda boleh membuat tempahan di sini. Jangan lepaskan peluang ini.

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp